Pengikut

You and Me

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 10 Mac 2014

NIQAB: BUKAN SEKADAR PEMAKAIAN!

Assalamualaikum..Alhamdulillah sekarang sudah bekerja :) agak susah untuk terus kan kerja sebagai dropship dan teruskan untuk menaip..Tapi tak pe :) akan aku teruskan juga semua tu..

Kenapa cakap pasal niqab??Sebenarnya terdetik kat dalam hati aku ni untuk berniqab..Perasaan tu kuat giler sampai tiap kali aku nampak wanita berniqab,aku rasa cam nak nangis je..sies! indah berniqab..


She is my best sista of muslim ever! Kenapa cakap camtu?sebab dulu dia macam aku..Muka kami pon ada iras2 sampai semua orang cakap kami kembar..Dia dah kahwin and baby tu anak dia ^_^ 
Hari tu dia datang tempat aku keje..Sies aku terkejut tengok penampilan dia sekarang..Indah dia berniqab..Dia datang dekat aku,aku pandang pelik..mujur aku kenal anak dia tu..kalau tak memang aku tak tegur dah..hehe..dia tergelak tengok aku yang tak cam kehadiran dia..Mungkin ALLAH nak membantu aku,jadi dia hantar akak angkat aku ni untuk membantu dan ramai lagi untuk menghulurkan sebanyak mungkin pertolongan untuk aku berubah..



Aku cuba untuk berniqab lepas kakak angkat aku balik and aku send dekat mak aku gambar aku berniqab..mak cakap aku cantik berniqab :') aku cakap la aku nak beli niqab tu tapi mak cakap kalau pakai just untuk tutup parut parut kat muka,baik tak payah..Aku tahu maksud mak aku tu..Jadi buat masa ni aku kena ubah lagi diri aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum sebelum ni..Bukan mudah sebab kadang kadang aku pon tersasar dari jalan yang betul juga,kadang kadang syaitan berjaya juga hasut hati kecil aku ni..Jadi aku perlu lebih beristiqomah lepas ni..INSHAALLAH one day aku akan berniqab sepenuhnya :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum... Cantik berniqab...

Nur syazwani berkata...

waalaikumsalam...terima kasih :) inshaALLAH akan cuba untuk istiqamah..