Pengikut

Rindu awak

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 21 September 2012

Celaru

Mukadimah:-
    Dah lama tak update blog sampai kan dah bersawang dah blog aku nih..

Cukup dengan mukadimah yang pendek tu..Aku agak kecelaruan buat masa ni..Entah apa yang mengganggu benak fikiran dan hati aku pon aku tak pasti..Puas sudah mencari puncanya kenapa hati dan fikiran tidak boleh memberi kerjasama yang sangat baik untuk masa ini..Hendak memekak,masih memikirkan perasaan orang di sekeliling..Hendak menangis,air mata tidak mengizinkan untuk mengalir..

Ketidakfahaman dari kawan-kawan juga membuatkan aku mengasingkan diri buat sementara waktu..Punca-punca!! Hati meronta-ronta untuk meluahkan perasaan tapi entah perasaan seperti mana yang ingin di luahkan..Aku keliru dan celaru ><
Seribu kemaafkan juga di pohon kepada rakanku kerana tidak dapat membantu dalam melaksanakan projek kali ini..Maafkanku..Sampai bila aku pon tak pasti..Mohon agar perkara ini cepat di selesaikan..Mohon..berikan aku ruang..berikan aku waktu..

2 ulasan:

Phat berkata...

rambut sama hitam hati lain2

waniey berkata...

phat: itu sudah pasti..huhu