Pengikut

You and Me

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 4 Oktober 2010

-CINTA SELAMANYA-

         “Sampai hati kau buat macam tu kat Mira.Kenapa kau lukakan hati dia?Kau tahukan Mira sayang sangat kat kau.Dia sanggup buat apa sahaja untuk kau.Kenapa kau tak pandai nak menghargai dia?”,Marah Elmi padaku.Aku hanya membisukan diri.Rela dimarah olehnya.Aku tahu.Aku tak patut lukakan hati Mira tapi aku dah tiada pilihan lain.Elmi hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikapku.“Rizal,kau ada masalah apa sebenarnya?Sikap kau betul-betul berubah sejak kebelakangan ni.Kau sakit ke?”,Aku terus menggelengkan kepala menandakan sangkaannya salah.“Satu hari nanti semuanya akan terjawab”,Ujarku kepada Elmi.Aku terus berlalu kerana tidak mahu disoal oleh Elmi lagi.“Maafkan aku Elmi,Mira”,Bisikku.Sendiri.Elmi memandang pemergianku dengan terpinga-pinga.
          “Kenapa awak buat saya macam ni?Apa saya tak berhak ke tahu pasal ni?Awak tak sayang saya ke?”,Mira menangis  disisi katilku.“Maafkan saya Mira.Saya sayang awak tapi saya tak nak awak sedih atas pemergian saya ini nanti.Sebab itu saya lukakan hati awak.Walaupun saya tahu,pada masa yang sama saya pun terluka.Kita tidak ditakdirkan bersama Mira”,Tangisan Mira semakin kuat.Elmi cuba menenangkannya.Rakan-rakanku yang lain turut bersedih.
         “Kamu menghidap penyakit barah otak.Kamu Cuma ada masa satu bulan sahaja lagi.Saya minta maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa”,Aku tersentak mendengar baris-baris ayat yang keluar dari mulut Dr.Aiman itu.Salah aku juga kerana lambat melakukan pemeriksaan ini.
        “Maafkan saya Mira.Saya tak nak awak risau.Saya lebih rela menanggungnya sendiri daripada melihat awak menangis.Mira..Janjilah pada saya sesuatu.”Saya menggenggam erat tangan Mira.Mira hanya memandangku.“Janjilah pada saya bahawa awak tidak akan bersedih selepas saya tiada”,Mira hanya membisu.Saya menanti jawapannya..Setelah sekian lama,Mira menganggukkan kepala.Aku tersenyum.Puas..Tiba-tiba kepalaku sakit sangat.Mira gelisah melihat aku.“Doktor!!”,Aku mendengar Mira menjerit memanggil Dr.Aiman.Dr.Aiman bergegas  datang ke katilku.Mira di tolak keluar.Aku merasa sakit sangat.Dadaku mula berombak.Nafasku semakin sesak.

        “Maafkan saya.Pesakit tidak dapat diselamatkan.”,Mira terduduk mendengar kata-kata Dr.Aiman.Rakan-rakan yang lain menangisi pemergianku.Dr.Aiman  mengeluarkan satu sampul surat berwarna biru lalu menyerahkannya kepada Mira.Mira terus membukanya.
       “MIRA SAYANG..MAAFKAN RIZAL KERANA TIDAK MEMBERITAHU MIRA TENTANG KEADAAN RIZAL.RIZAL TAK NAK MIRA MENANGIS.RIZAL SAYANGKAN MIRA.MAAFKAN RIZAL SAYANG KERANA TELAH MELUKAKAN HATI MIRA.RIZAL TAK ADA NIAT SIKIT PUN NAK LUKAKAN HATI MIRA.MIRA SAYANG.RIZAL TAHU BILA MIRA BACA SURAT NI,RIZAL DAH TIADA DI DUNIA INI LAGI.RIZAL NAK MIRA TAHU SATU BENDA.SEBENARNYA,RIZAL DAH BELI CINCIN UNTUK MIRA.RIZAL INGAT RIZAL NAK LAMAR MIRA JADI ISTERI RIZAL TAPI HASRAT RIZAL TAK KESAMPAIAN.TAPI RIZAL HARAP MIRA SUDI PAKAI CINCIN NI SEBAGAI TANDA MIRA SAYANG RIZAL DAN TAK AKAN LUPAKAN RIZAL.MIRA SAYANG..RIZAL NAK MIRA TAHU YANG RIZAL SAYANG SANGAT KAT MIRA.RIZAL HARAP MIRA TAK SIA-SIAKAN HIDUP MIRA SELEPAS KETIADAAN RIZAL.RIZAL NAK MIRA SENTIASA CERIA.RIZAL NAK MIRA SENTIASA DOAKAN RIZAL KAT SINI.BOLEHKAN SAYANG?Okeylah SAYANG..RIZAL PENATLAH SAYANG.RIZAL TIDUR DULU YE SAYANG.RIZAL SAYANG DAN CINTA MIRA.BYE MIRA “
“Mira janji sayang.”Ujar Mira sambil menangis…

Tiada ulasan: