Pengikut

You and Me

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 4 Oktober 2010

Cerpen-CERITA KITA-

 "Hai,boleh berkenalan?"itulah ayat pertama yang keluar apabila aku membuka telefon bimbitku.aku
tertanya-tanya siapakah gerangan yang telah menghantar mesej ini padaku."awak ni sape?"balas ku.
Setelah menunggu seketika,telefon bimbitku berbunyi.Cepat-cepat aku membukanya.ternyata aku
mengenali pengirim mesej itu.Rizal..Rakanku yang tidak pernah bercakap denganku walaupun kami
satu sekolah.Aku pelik.Secara tiba-tiba sahaja dia menghantar mesej padaku.Dari mana dia dapat nombor ku?
Hatiku tertanya-tanya.Setelah aku menyiasat dan menyelidik,barulah aku tahu bahawa dia telah 
mengambil nomborku dari jaga sekolah.Tidak ku sangka,persahabatan yang dihulurkan membawa
kepada cinta.Rupa-rupanya dalam diam Rizal menyukai aku.Aku telah membalas cintanya.
Semua ini telah berlaku 5 bulan dahulu.Aku tidak patut membalas salam percintaan yang
dihulurkannya.Dia telah meninggalkan aku kerana perempuan lain.Rizal yang ku sangka
baik sebenarnya buaya darat.Setelah aku mengenalinya,baru ku tahu bahawa dia seorang
yang suka berahsia.Rizal menduakan aku ketika kami sedang bercinta.Betul kata rakanku,
"untuk mengenali seseorang,kita perlu tinggal bersamanya".Akibat terlalu ikutkan hati,aku tidak
mengendahkan kata-kata rakan-rakanku."Niesya,kau carilah lelaki lain.Ramai lagi lelaki yang lebih
baik daripada dia.Dia tak sesuai dengan kau,"begitulah nasihat iman padaku.Aku sepatut mendengar
nasihatnya itu.Tetapi ketika itu aku buta.Buta dengan cinta yang telah hadir dalam diriku.Sekarang
aku kembali bersendirian.Aku tidak mahu membuka pintu hatiku ini kepada sesiapa pun buat masa ini.
Ada perkara yang lebih penting yang perlu aku fikirkan.SPM.Sekarang hanya itu tujuan aku.
Aku perlu buktikan pada semua orang terutamanya Rizal bahawa aku boleh berjaya tanpa cinta.
Cinta bukan segala-galanya.Asal ada sahabat di sisi,cinta tidak perlu difikirkan.Ia akan datang
dengan sendirinya.

Tiada ulasan: